Sunday 23 October 2011

#Dominasi Ragbi All Blacks


Apabila perkataan ragbi disebut, pasti All Blacks (AB) akan terlintas di fikiran. Ragbi mempunyai tempat yg istimewa dalam masyarakat New Zealand. Semenjak permulaan Test ragbi, AB berjaya merekodkan kemenangan purata sebanyak 75%. Negara paling hampir kepada rekod ini adalah Afrika Selatan dengan 62%. Semenjak tahun 2004, AB mempunyai rekod kemenangan sebanyak 85% dibawah jurulatih Graham Henry.

Bagaimana negara yg kecil ini boleh mendominasi permainan ragbi? Apakah rahsia kejayaan mereka? Jawapan ringkasnya = mereka bermula pada usia yg muda.


Utk menjadikan ragbi menarik dan tidak membahayakan kepada kanak-kanak, Ragbi rippa diperkenalkan. Ragbi Rippa adalah versi ragbi mini yg boleh dimainkan dimana-mana sahaja. Kanak-kanak seawal 3 tahun boleh bermain. Setiap sekolah rendah di New Zealand mempunyai  padang rumput utk pelajar bermain ragbi. Terjahan adalah tidak dibenarkan.


Pada usia 5 tahun, mereka diberikan gelaran Small Blacks. Ia berjaya membentuk dan menanam identiti ragbi di dalam diri mereka. Kanak-kanak berusia 5 hingga 7 tahun bermain ragbi tanpa penglibatan aspek fizikal seperti menendang dan melakukan terjahan. Kanak-kanak berusia 8 tahun keatas diperkenalkan dengan teknik pertahanan. Hanya pada usia 11 tahun, kanak-kanak akan mengambil bahagian dalam perlawanan 15 sebelah.


Setiap pagi sabtu, ketika kanak-kanak negara lain sedang asyik menonton kartun, kanak-kanak New Zealand disajikan dengan rancangan daripada stesen Small Blacks TV. Kanak-kanak NZ juga kerap bermain dengan bola ragbi. Hampir setiap rumah mempunyai halaman yg luas.


Berdasarkan kajian Profesor Toni Bruce, dari University Auckland, New Zealand telah bergelut mencari identiti tersendiri sejak dahulu. Ketika itu mereka tidak begitu menyerlah dalam apa-apa sukan atau bidang di peringkat antarabangsa. Namun ragbi telah memberi identiti kepada nagara ini. New Zealand juga mempunyai kelebihan genetik pelbagai. Keturunan Eropah digaul dengan fizikal Maori dan desertakan dengan kelajuan dan kelasakan org Polynesian menyempurnakan pasukan ragbi NZ.

 Tarian Haka

Terjahan = Tackle

http://www.bbc.co.uk/blogs/tomfordyce/2011/10/why_are_new_zealand_so_good_at.html

No comments:

Post a Comment