Tinggal bebrapa jam sahaja lagi kita akan menerima kunjungan tetamu mulia bernama Ramadan. Namun ada beberapa corak yg dpt diperhatikan setiap kali Ramadan menjelma.
Dialog yg dikitar semula setiap Ramadan,
“tak elok buat…..(mcm2-mcm boleh diisi), bulan puasa ni”.
Fikir, elok sangatkah perkara itu dilakukan pada bulan lain?
Mengapa banyak perlakuan sesetengah orang hanya dikhaskan utk bulan Ramadan? Mengapa terdapat perkara yg hanya diberikan tumpuan utk bulan ini sahaja. Sedangkan hukum bagi yg halal dan haram tidak berubah mengikut bulan; kalender hijriah mahupun masehi.
Walaupun ramai bercadang utk meningkatkan amal, ramai juga yg hanya bercadang utk mengambil ‘cuti’ daripada melakukan maksiat. Perbuatan ini boleh diibaratkan sebagai mengambil ‘cuti tidak bergaji’ tanpa sebarang perancangan semasa bercuti dan susulan. Bagi yg merancang utk bercuti, dinasihatkan kepada mereka agar terus berhenti daripada pekerjaan (melakukan maksiat) itu. Hantarlah surat perletakan jawatan kepada diri sendiri. Tidaklah ingin pergi ke tahap melampau dengan melabel sesetengah org menjadi hipokrit di bulan Ramadan. Namun tingkah laku manusia membuatkan agak sukar utk mengelak daripada berfikiran begitu.
Bulan Ramadan ini elok dijadikan sebagai bulan transisi. Dihujung bulan ini sepatutnya kita ada penambahan nilai (value added) kepada diri. Jadikan hari ini, minggu ini, bulan ini, tahun ini, fasa hidup ini lebih baik daripada yang sebelumnya.