Saturday, 1 October 2011

#Hudud

**
Mengapa ramai yang melatah apabila perkataan ini disebut? Mengapa latahan sama tidak wujud jika perkataan solat disebut? Oh. Solat itu wajib. Itu perintah Tuhan. Jadi apa beza solat dengan hudud? Masalah umat Islam kini ialah tidak melaksanakan Islam secara menyeluruh. Hanya perkara yg difikir ‘sesuai’ diambil manakala yg ‘selebihnya’ dipinggirkan begitu sahaja. Islam ini adalah cara hidup. Tidak boleh dipisahkan daripada apa-apa jua aspek kehidupan baik politik, sosial, undang-undang mahupun ekonomi.

Tidak dinafikan bahawa Malaysia merupakan negara majmuk yg masih berpegang kepada kontrak sosial sebagai tulang belakang kepada toleransi antara kaum. Adakah perlaksanaan hudud boleh mengkibatkan cakera tulang belakang ini tergelincir? Ia bergantung kepada beberapa faktor. Tujuan hudud ini bukan utk menindas atau menghukum secara sadis. Ia lebih kepada memberi pengajaran. Kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat.

Tetapi. Sebelum hudud boleh dilaksanakan, perkara yg lebih halus perlu diberi tumpuan. 

Mustahaknya, kita perlu menghapuskan sebab untuk org melakukan jenayah. Mencuri mungkin akan jatuh ke dalam kategori darurat jika dilakukan seseorang yg hampir mati kebuluran. Alasan mencuri kerana terpaksa perlu dilenyapkan. Hukuman hudud adalah setimpal bagi mereka yg melakukan jenayah diluar keadaan darurat. Jika tidak, hukuman itu akan dikira tidak adil dan agak berat kerana peluang yg dimiliki semua org tidak sama. Kepentingan setiap individu dalam negara perlu dipelihara.

Daripada menjadikan hudud sebagai bahan politik kosong, mengapa tidak dibenarkan sahaja kerajaan negeri Kelantan menjalankan hukum hudud? Perlembagaan persekutuan meletakkan kuasa undang-undang agama dibawah negeri. Namun ini melibatkan hal-hal yg remeh. Tetapi, tidak mustahil utk Kelantan dijadikan negeri 'percubaan'. Perkara ini berkemungkinan mengakibatkan undang-undang Islam menjadi lebih tidak seragam di antara negeri. Jika ia terbukti dapat mengurangkan jenayah, maka ia perlu diusulkan dlm parlimen agar dilaksanakan di seluruh pelusuk negara (tanpa sebarang alasan).

Namun ia tidak semudah itu. Persekitaran yg kondusif perlu wujud sebelum hudud boleh dilaksanakan. Sekarang, persekitaran kondusif ini tidak wujud. Kerajaan Kelantan akan berhadapan dengan risiko yg tinggi jika masih terus mahu mejalankan hukum ini 'selalu'.

Jika ia tidak mendatangkan hasil seperti yg diharapkan (kerana kesilapan manusia), pelaksanaan hukum hudud di masa hadapan pasti akan ditentang. Tentangan ini pula pasti lebih hebat kerana mereka yg tidak bersutuju kini mempunyai ‘bukti’.

Kerajaan Kelantan perlu memikul tanggunggjawab yg besar jika diberi peluang utk melaksanakan hukum hudud. Tiada negara yg mempunyai masyarakat majmuk untuk dijadikan rujukan pelaksanaan hudud.

Jika hukum ini dilaksanakan oleh individu yang beriman, berpengetahuan, dan berkelayakan, ia akan berjaya dengan bantuan Allah. Tetapi jika ia jatuh ke tangan org yg jahil, maka bukan sahaja hukum hudud mungkin disalah guna, tetapi akan memberikan persepsi yg buruk kepada Islam. Apa pula akan terjadi jika mereka yg tidak fasih mengenai hudud melaksanakan hukum ini? Adakah kita akan menjadi seperti sesetengah negara Islam di Afrika?

**Saya bukan pakar hudud. Sekadar pendapat terpendam.

No comments:

Post a Comment