Saturday 30 July 2011

#Ramadhan Al-Mubarak


Tinggal bebrapa jam sahaja lagi kita akan menerima kunjungan tetamu mulia bernama Ramadan. Namun ada beberapa corak yg dpt diperhatikan setiap kali Ramadan menjelma. 

Dialog yg dikitar semula setiap Ramadan, 

“tak elok buat…..(mcm2-mcm boleh diisi), bulan puasa ni”.

Fikir, elok sangatkah perkara itu dilakukan pada bulan lain?

Mengapa banyak perlakuan sesetengah orang hanya dikhaskan utk bulan Ramadan? Mengapa terdapat perkara yg hanya diberikan tumpuan utk bulan ini sahaja. Sedangkan hukum bagi yg halal dan haram tidak berubah mengikut bulan; kalender hijriah mahupun masehi.

Walaupun ramai bercadang utk meningkatkan amal, ramai juga yg hanya bercadang utk mengambil ‘cuti’ daripada melakukan maksiat. Perbuatan ini boleh diibaratkan sebagai mengambil ‘cuti tidak bergaji’ tanpa sebarang perancangan semasa bercuti dan susulan. Bagi yg merancang utk bercuti, dinasihatkan kepada mereka agar terus berhenti daripada pekerjaan (melakukan maksiat) itu. Hantarlah surat perletakan jawatan kepada diri sendiri. Tidaklah ingin pergi ke tahap melampau dengan melabel sesetengah org menjadi hipokrit di bulan Ramadan. Namun tingkah laku manusia membuatkan agak sukar utk mengelak daripada berfikiran begitu.

Bulan Ramadan ini elok dijadikan sebagai bulan transisi. Dihujung bulan ini sepatutnya kita ada penambahan nilai (value added) kepada diri. Jadikan hari ini, minggu ini, bulan ini, tahun ini, fasa hidup ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

 Epic View - Terawih

Dtg bersama bulan Ramadan ialah solat sunat terawih.

Solat terawih secara purata mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit jika dimulakan dengan solat Isya berjemaah. Jadi mengapa kita tidak boleh solat Isya berjemaah disepanjang tahun? Segala macam alasan tidak boleh digunakan kerana sudah terbukti sepanjang bulan ramadan bahawa kita mampu dan mempunyai masa untuk melakukannya. Perlu diingati bahawa solat Isya berada dlm kategori fardhu manakala tarawih ialah sunat muakkad. Jangan sampai kita dimalukan Tuhan tanpa disedari.

Mengapa apabila Ramadan menjelang, berbondong-bondong datang berjemaah di masjid dan surau untuk mengerjakan solat sunat terawih? (Diharapkan moreh tidak menjadi agenda utama). Fenomena ini sepatutnya tidak terhad pada bulan Ramadan. Ia perlu berlanjutan. Baru Islam boleh maju seperti dahulu. Ingat. Solat itu adalah tiangnya (imad).

Tidak dinafikan bahawa solat sunat ini adalah khusus untuk bulan ramadhan dan amat digalakkan, namun ia tetap tergolong dalam solat yang disunatkan. Mengapa kita tidak berlumba untuk mengerjakan solat yang wajib secara berjemaah? 

Amalan-amalan lain juga dilipat gandakan untuk mendapat pahala lebih. Amalan yg jarang dilakukan pada bulan-bulan lain dilakukan. Al-Quran yg sebelum ini tidak berjaya dihabiskan dlm masa 11 bulan, boleh dihabiskan dlm masa 1 bulan.


################################

Ramai yg menggunakan peluang bulan ini utk berniaga. Hasil jualan barang disepanjang Ramadan selalunya mampu menampung perbelanjaan untuk sebelas bulan.

Adakah pahala di bulan Ramadan ini akan digunakan untuk menampung amalan sepanjang baki kalander?

Yakinkah kita amalan dibulan puasa ini dpt menampung kita dlm tempoh masa tersebut? Perlu diingati, urusan dengan Allah adalah berbeza dengan urusan sesama manusia. Duit perlu sentiasa dicari utk hidup didunia, kadang-kadang masih belum cukup. Mengapa amal dan pahala tidak dicari sekerap harta dunia? adakah cukup sudah amal? mana satu yg akan kekal selamanya?

 
SÅ«rat l-baqarah

"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." - {185}

"The month of Ramadhan [is that] in which was revealed the Qur'an, a guidance for the people and clear proofs of guidance and criterion. So whoever sights [the new moon of] the month, let him fast it; and whoever is ill or on a journey - then an equal number of other days. Allah intends for you ease and does not intend for you hardship and [wants] for you to complete the period and to glorify Allah for that [to] which He has guided you; and perhaps you will be grateful." {185}

Please visit 

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan beramal

No comments:

Post a Comment