Friday 19 August 2011

#Antara Casino De Genting dan Institusi Kewangan


Pada 28 April 1969, Tan Sri Lim Goh Tong telah menghantar borang permohonan bagi mendapatkan lesen kasino kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Secara kebetulan, disebelah petang pada hari yang sama, sebuah mesyuarat kabinet berlangsung. Bagai direstui, permohonan itu telah diluluskan pada hari yang sama. 'Selebihnya adalah sejarah'. Genting menjadi kasino pertama di Malaysia. Sehingga ke hari ini, ia adalah kasino tunggal di Malaysia.

Tidak hairanlah pada tahun 2011, Genting Bhd menerajui senarai pembayaran besar sebanyak RM111.48 juta kepada lembaganya menurut Malaysian Business dalam satu kenyataan pada 17/8/2011. Syarikat itu turut mempunyai ganjaran tertinggi antara RM106.65 juta hingga RM106.70 juta bagi seorang pengarah tunggal.

Genting mempunyai peraturan pengunjung yang ketat. Individu berusia 21 ke bawah tidak dibenarkan untuk memasuki premis kasino mereka. Warga Malaysia yang beragama Islam juga ditegah dari mengunjungi pusat kasino tersebut. Hatta apabila berkunjung ke laman web Genting, mereka akan bertanya status agama. Usaha ini harus dipuji. Namun tidak dapat dipastikan bahawa larangan ini melibatkan Muslim warganegara lain....

Persoalannya disini adalah, mangapakah umat Islam Malaysia dilarang dari berjudi di Genting, tetapi tidak dilarang daripada membuka akaun dan membuat pinjaman di bank-bank yang berteraskan riba? Bank-bank konvensional secara terang menjadikan faedah sebagai sumber kewangan utama. Penguatkuasaan menghalang umat Islam Malaysia daripada terlibat dengan riba adalah tidak mustahil. Ironinya, contoh pelaksanaan dapat diambil daripada Kasino Genting.

Antara bank yang ada di Malaysia

Kita perlu ingat, tiada diskriminasi didalam perkara yang haram. Larangan berjudi adalah jelas, namun nada yang lebih keras digunakan dalam pengharaman riba. Muslim di Malaysia juga diberi pilihan samada mahu membuat pinjaman secara konvensional atau menurut sharia. Kita bagai sudah lali dengan status riba yang haram.

Larangan berjudi adalah jelas:
 
Sūrat l-māidah

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan menilik nasib dengan anak-anak panah adalah perkara keji yang termasuk (dlm) perbuatan syaitan. Oleh yg demikian, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya {90}

Namun larangan melibatkan diri dengan riba adalah lebih keras dan boleh dilihat didalam sūrat l-baqarah ayat 275 hingga 279. Ayat 279:
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa {279}

No comments:

Post a Comment